Sunday, August 22, 2010

MOTIVASI DIRI PELAJAR


Gunung adalah satu pemandangan yang mengangumkan apabila anda melihatnya buat pertama kali. Tetapi setelah melihat satu gunung atau banyak gunung, ia menjadi seolah ulangan yang hambar. Gunung juga akhirnya menjadi sebahagian daripada bentuk muka bumi. Gunung…..adalah gunung. Itu dia!...sebuah lagi gunung. Ia tetap disitu sahaja. Kaku…tidak berbuat apa-apa. Tidak juga. Ia adalah sebuah gunung berapi!

Apabila sebuah gunung menjadi gunung berapi, ia teransang- ia menjadi hidup. Ia menjadi pengoncang dan penggerak. Ia menyala! Ia mengeluarkan cahaya! Ia adalah sesuatu yang berlaku! Ia sesuatu yang perlu diperkirakan.!

Sebagai seorang pelajar, imej apa yang ingin anda tonjolkan? Adakah anda mahu imej ulat buku? Imej seorang pemimpin? Imej pelajar bijak? Imej pelajar popular? Satu peringatan daripada saya, guru dan pelajar lain tidak tahu apa yang ada dalam hati anda. Mereka tidak tahu sama ada anda seorang yang jujur, bijak, berkarisma atau mempunyai bakat kepimpinan.

Namun, mereka hanya boleh meneka apa yang ada dalam hati anda atau apa personaliti anda berdasarkan imej yang anda tonjolkan. Jika anda sentiasa berpakaian kemas, ia menonjolkan imej yang bersih, teratur dan sopan di mata pelajar lain dan juga guru. Jika anda sentiasa bercakap dengan sopan dan bahasa yang baik, anda akan dilihat sebagai pelajar yang berhati mulia, mendapat didikan sempurna daripada ibu bapa dan mudah didekati. Sebaliknya, jika anda bersikap biadap, tidak menghormati pelajar lain dan berpakaian tidak kemas (kemas tidak semestinya memakai pakaian mahal), anda akan menonjolkan imej yang anda tidak patut didekati.

Apa kaitan penampilan diri dengan kemahiran belajar? Satu, penampilan diri akan membuat anda disenangi rakan pelajar dan guru. Jadi, anda mudah mendapat kerjasama mereka dan mereka akan sedia membantu anda dalam pelajaran.

Kedua, penampilan diri yang baik akan meningkatkan keyakinan anda untuk lebih berjaya. Jika penampilan anda seperti pelajar cemerlang, anda akan rasa yakin seperti pelajar cemerlang. Jadi, pilih satu imej yang ingin anda tonjolkan dan pastikan imej itu akan membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.

Sebagai pelajar rasanya perlu ketahui beberapa aspek atau perkara yang membawa kejayaan pelajar atau aspek yang membantu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Pelajar harus tahu bahawa masalah yang timbul tanpa diketahui akan merosakkan akidah serta membawa kegagalan. Maka dalam penulisan ini akan di kongsikan dengan melihat bagaimana keadaan di belakang pelajar yang membawa kegagalan tetapi akan bertukar menjadi kejayaan kiranya permasalahan tersebut dapat diatasi.

Sebagai pelajar, kejayaan akedemik merupakan tonggak utama yang perlu diberikan perhatian yang serius.Pada hari ini kejayaan akedemik yang cemerlang amat penting untuk membantu para pelajar mendapatkan bidang kerjaya yang terbaik. Walaupun proses pembelajaran tersebut kadangkala menyukarkan namun hasilnya amat menyoronokkan.

Walau bagaimanapun, senario semasa menunjukkan kebanyakaan pelajar menghadapi masalah dalam proses belajar dan pembelajaran. Berdasarkan beberapa kajian yg telah dijalankan, antara faktor utama yang menyebabkan pelajar gagal untuk mencapai kejayaan akademik yang cemerlang adalah seperti berikut:-

1. Kurangnya motivasi diri

2. Kurangnya kometmen kerohanian & didikan atau pengetahuan agama.

3. Kurangnya menggunakan perpustakaan sebagai sumber rujukan.

4. Tiada mempunyai strategi membaca, mengambil nota, dan membuat tugasan yang berkesan.

5. Ponteng kelas.

6. Tidak mengamalkan perbincangan kumpulan

7. Tidak mempunyai teknik untuk menghadapi peperiksaan.

Selain itu kajian juga menujukkan terdapat beberapa faktor lain turut menyumbang kepada masalah yang sama. Antaranya ialah seperti berikut :-

1. Keadaan rumah yang porak peranda.

2. Banyak pertengkaran dan ketegangan

3. Ketiadaan restu ibubapa

4. Disiplin yang terlalu ketat

5. Kesihatan fizikal yang lemah.

6. Sering berpindah

7. Kekurangan desakan.

8. Lebih mementingkan aktiviti luar bilik darjah daripada pelajaran.

9. Tidak mempunyai tabiat belajar yang baik.

10. Asas kemahiran belajar yang lemah.

11. Ketiadaan rangsangan.

Kita sekarang sebenarnya mengawal sikap kita sendiri. Tiada siapa yang berupaya membantah sikap kita melainkan diri kita sendiri. Bagaimana kita berfikir dan bertindak balas bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Kesimpulannya, jadikanlah diri kita sebagai pelajar yang teransang seperti gunung berapi. Teransang! Hidup! Jadilah pengoncang dan penggerak!.. menyalalah!.. semarakkan cahaya dari dalam suapaya anda dapat menyinar keluar. Jadilah sesuatu yang berlaku!.

DISEDIAKAN OLEH: ZARINA BINTI BAHARUDDIN

NO MATRIK: 198866

No comments:

Post a Comment