Sunday, August 8, 2010

MOTIVASI DALAM PENGURUSAN

· Terdapat teori bahawa pekerja (manusia) sebenarnya tidak minat untuk bekerja dan cuba mengelakkan menjalankan tugas jika keadaan mengizinkan. Pekerja ini harus diberi arahan setiap kali dan diselia dengan ketat.

· Terdapat juga teori di mana pekerja dipercayai sebagai bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Pekerja ini tidak perlu diarah atau dipaksa membuat tugasnya.
· Adalah dipercayai bahawa pekerja di dalam golongan kedua akan berkerja dengan lebih kuat lagi jika diberi insentif yang berpatutan.

· Apakah yang boleh memberi motivasi kepada pekerja-pekerja agar lebih komited menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka?
Beberapa orang pakar di dalam motivasi pekerja telah memajukan teori-teori motivasi seperti yang dinyatakan di bawah.


Hierarki Keperluan Abraham Maslow


Di dalam penulisannya yang diterbitkan pada tahun 1943, Abraham Maslow memajukan cadangannya di bawah tajuk "A Theory of Human Motivation"

Mengikut teori tersebut, terdapat lima (5) peringkat keperluan manusia (pekerja).
Ia dipercayai boleh meningkatkan motivasi pekerja.

Bermula dengan peringkat yang rendah sekali, peringkat berkenaan adalah:

Keperluan Fisiologi.

· Keperluan fisiologi merupakan peringkat yang paling asas dan rendah tetapi paling penting untuk dipenuhi oleh seseorang pekerja terlebih dahulu
· Inilah keperluan asas manusia seperti makanan, tidur dan tempat kediaman. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi, ia akan mempengaruhi arah fokus pekerja semasa menjalankan sesuatu tugas.
· Semua keperluan di peringkat ini boleh dipenuhi oleh pengurusan kerjadalam organisasi melalui imbuhan atau ganjaran bekerja seseorangindividu seperti perolehan gaji, elaun, bonus dan upah yang mencukupi untuk keperluan asas ini.

Keperluan Keselamatan.

· Ia merupakan peringkat keperluan yang kedua dalam teori menurut Maslow.
· Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi,keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.
· Keperluan keselamatan merupakan keperluan asas manusia sesudah keperluan yang pertama berjaya dipenuhi. Keperluan keselamatan di tempat kerja termasuklah seperti keperluan
jaminan keselamatan fizikal di tempat kerja, kesihatan pekerja
· kestabilan dan keselamatan psikologi. Faktor ini akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan terjamin kepada pekerjatanpa di bimbang perasaan takut dan gelisah.


Keperluan Sosial.

· Ini merupakan peringkat keperluan kehidupan ketiga dalam teori hierarki Maslow
· Keperluan sosial ini dianggap penting kepada individu apabila keperluan keselamatan telah dapat dicapai
sepenuhnya oleh individu
· Keperluan ini akan dipenuhi apabila individu merasakan dirinya adalah sebahagian daripada organisasi,merasa diri disayangi dan dikasihi, perasaan dipunyai, mempunyai teman dan merasa diperlukan oleh organisasi. Keperluan sosial ini berkait rapat dengan interpersonal dan interaksi dalam organisasi.
· Kestabilan psikologi akan dirasai apabila individu mempunyai rakan dalam organisasi dan dapat bersosialisasi dan bukannya terpaksa bekerja secara bersendirian atau berasingan daripada orang lain.
· Maslow menetapkan ketiga-tiga peringkat keperluan tersebut sebagai perkara penting dan asas yang patut dipenuhi oleh pihak pengurusan strategik organisasi supaya berjaya menghasilkantenaga pekerja yang sentiasa bermotivasi, berdaya saing dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan peranan


Keperluan Nilai Diri

· Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan "penghormatan diri" (self-esteem.)
· Keperluan nilai diri merupakan peringkat keempat dalam teori keperluan Maslow selepas semua keperluan di peringkat pertama, kedua dan ketiga dipenuhi.
· Pada peringkat keempat ini keperluan nilai diri atau harga diri akan memainkan peranan yang penting untuk mendorong seseorang individu untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.
· Keperluan nilai diri ini adalah seperti keperluan seseorang individu untuk merasakan dirinya dihormati, dihargai dan diiktiraf oleh pihak pengurusan strategik organisasi.
· Keperluan ini adalah penting kerana individu yang merasakan nilaidirinya tinggi dan diiktiraf oleh orang lain akan mendatangkan rasa keyakinan diri yang tinggi, konsep kendiri yang positif.
· Situasi ini akan menyebabkan individu merasa selesa untuk bekerja, mencurahkan tenaga secara ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan persekitaran kerja yang sihat.
· Keperluan jenis ini akan wujud dalam organisasi apabila terdapat aktiviti-aktiviti yang berbentuk pujian, pengiktirafan dan penghargaan terhadap individu yang cemerlang hasil daripada tugas dan peranan yang telah berjaya diberikan.


Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.

· Peringkat ini merupakan keperluan yang paling tinggi dan terakhir dalam teori keperluan Maslow.
· Pencapaian hasrat diri ini merupakan satu keperluan untuk merealisasikan kehebatan dan kebolehan diri individu.
· Peringkat ini membolehkan individu menonjolkan potensi dan bakat diri yang sebenar bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberikan.
· Keperluan jenis ini boleh dipenuhi dalam organisasi melalui pengagihan tanggungjawab yang lebih mencabar dengan mewujudkan program-program berbentuk latihan atau sistem kerja yang sistematik yang menyediakan peluang-peluang peningkatan diri kepada individu.

DISEDIAKAN OLEH : FAUZI BIN AB RASHID

NO MATRIK : 205624

No comments:

Post a Comment