Abraham Lincoln ialah insan yang dilahirkan oleh “ibu” kemiskinan, didodoi dengan irama lagu penderitaan yang pilu, dan betataih di atas hamparan kemelaratan yang tegar. Kediamannya, sebuah pondolk usang di pinggir pekan Kentucky , (pada tahun 1809), ayahnya mengukur nafkah keluarga dengan menjadi pemotong kayu dan ibunya hanya penubur sifat merdesa serta kasih sayang. Dalam kepincangan iailah, Abrahan, cuba mencari kesyumulan, dalam kesempitan hidup ini dia cuba mencari keluasan alam sarwajat , dalam kebobrokkan dunia sekeliling dia cuba mencari “kiblat” pedoman untuk hidup sebagai manusia yangh bebas merdeka daripada penjara kemunduran.
Kemelut hidup, memaksa beliau untuk mencari dan melakukan anjakan paradigma. Pencarian tulus ini, telah menzahirkan jalan yang boleh membawanya ke mercu kejayaa. Ya, ilmu pendidikan. Ilmu pendidikan..Dia pasrah kepada ilmu pendidikan, dia sujud kepada buku yang menjadi wahana ilmu,dia b3erlari pantas ibarat seekor kuda liar, sehingga 20 batu untuk mendapatkan buku ....mengemis buku yang ada daripada rakan-rakan yang tahu akan kemaslahan ilmu semaslahan ilmu sebafai kunci kemerdekaan minda manusia. Keghairahan menghayati ilmu secara tuntas telah menjadikan beliau seorang cendekiawan tersohor. Balasan kepada orang yang menjadi hamba ilmu ialah, dia sendiri akan menjadi tuan kepada ilmu itu.. inilah hukum alam yang telah menjadi kenyataan dalam kehidupan Abraham.. kerana ilmu cendekia terjana.........kerjaya Peguam Undang –undan mampu dijulan di sanggar buana.
Namun, kejayaan dirinya langsung tidak menjadikan bel;iau manusia yang puas, Kini, walaupun berada di puncak angkasa, cakerawa pemikirannya masih berpasak pada erti kemiskinan, manusia dan kemanusiaan. Beliau telah melihat ke bawah sekali lagi bagaimana beliau sendiri telah di besarkan oleh dunia. Penderitaan segolongan manusia yang berlainan warna kulit. Kaum Nigro yang dibawa dari Afrika Selatan... menjadi hamba abdi yang setarag binatang di Amerika Syarikat. Orang Putih ( kaum kerabatnya) telah menjadikan orang-orang Negro hamba abdi yang tiada maruah. Pada masa inilah tercetusnya dalam minda Abraham bahawa dia tidak boleh terus menjadi orang biasa... dia perlu membuat pilihan... menjadi lebih baik atau terus mati. Ilmu yang dimilikinya perlu digunakan untuk kebaikan manusia sejagat , bukan untuk diri dan keluarga semata-mata ....suara kemanusiaan sejagat telah menjadi suara haatinya untuk terus berjuang memerdekakan golongan hamba abdi di bubi Amerika..
Kekuatan swadaya fan ilmu yang dimiliki telah digunakan untuk membebaskan golongan kulit Hitam daripada perhambaan lantas, membersihkan mana Amerika- daripada negara yang tidak memiliki perikemanusiaan, kepada negara yang memperjuangkan Hak Kemanusiaan Sejagat sehingga kini. Setelah mengharungi “ kegagalan bersiri” (gagal dalam perniagaan- 1831, gagal menjadi ahli badan perundangan -1832, gagal dalam perniagaan-1833, ganguan uarat sarag – 1836 , gagal menjadi Speaker Dewan-1838 , gagal dalam pilihan raya-1840, gagal menjadi pemimpin parti kongres -1843, gagal merebut kerusi Parti Kongres-1848 ,dipecat menjadi senator -1855, gagal menjadi timbalan Presiden- 1856, gagal menjadi senator-1858),akhirnya pada tahun 1860 dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke -16, setelah beliau menggembleng upaya untuk menggagalkan “kegagalan” itu sendiri.
Beliau juga mentafsirkan kerajaan Demokrasi Amerika dengan kata- kata ‘kerajaan dari rakyat , oleh rakyat dan untuk rakyat. Beliaulah yang mencanangkan , bahawa rakyat merupakan “raja” dalam pemerintahan Demokrasi. Personaliti unggul ini telah mencipta hidupnya dalam alam semesta yang tersendiri.Citra diri dan sejarah menusia agung ini akan hidup sebagai jurubicara kemanusiaan sejagat, kekal terpaht dalam benak pemikiran orang-orang yang mahu menanjak keterampilan diri, nusa dan bangsa. Sesungguhnya Abraham Lincoln , teratai yang pernah hidup cantik di kolam yang berlumpur.
DISEDIAKAN OLEH : DARSHINI A/P BALA SUBRAMANIAM
NO MATRIK : 206097
No comments:
Post a Comment