Sunday, August 22, 2010

MOTIVASI DARI SEGI KERJAYA


Ramai para graduan berlumba-lumba menghadiri temuduga tetapi hampa setelah setahun mencari pekerjaan dengan menghabiskan banyak wang untuk menghadiri temuduga, namun tiada tawaran yang datang.Para graduan menghadapi masalah ini walaupun berpelajaran tinggi.Pada situasi sebegini, mereka perlu mengenal pasti kelemahan yang ada dalam diri mereka.Salah satu kelemahan yang terdapat dalam kalangan para graduan ialah kekurangan pengetahuan tentang teknik menghadapi temuduga dan kemahiran berkomunikasi yang baik.Selain itu,cara seseorang berpakaian juga merupakan ‘first impression’ penemuduga tentang kebolehan dan kewibaan seseorang.Oleh itu,kelemahan dalam kedua-dua perkara tersebut akan menjejaskan peluang kita menjadi ahli dalan organisasi tersebut.

Resume adalah langkah pertama bagi membolehkan kita melangkah ke alam pekerjaan.Resume agak penting kerana ia memaparkan kemahiran dan kebolehan kita terhadap seseorang. Sebaiknya resume kita mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja.Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas. Resume kita harus difokuskan dalam bidang kemahiran kita sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kita pohon. Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek seperti isi kandungan, asas, objektif, pendidikan, kemahiran khusus,aktiviti,pengalaman kerja dan rujukan.

Perkara yang paling penting dalam persediaan ke alam kerjaya ialah persediaan sebelum menghadapi temuduga.Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah memastikan tarikh,masa,dan tempat temuduga yang betul dengan menelefon organisasi tersebut terlebih dahulu.Seterusnya,kita kena cari maklumat berkenaan dengan organisasi tersebut seperti ahli lembaga pengarah,panel penemuduga,projek utama dan lain-lain sebagai persediaan jika ditanya tentang organisasi itu.Soalan yang biasa ditanya oleh penemuduga adalah tentang latar belakang diri kita,latar belakang organisasi yang dipilih,latar belakang pendidikan dan sebagainya untuk menguji tahap pengetahuan dan kebolehan barkomunikasi seseorang itu.Oleh itu,kita perlu bersedia dengan soalan-soalan sebegini sebelum kita menghadapi sesuatu temuduga.

Penampilan diri adalah sangat penting apabila kita menghadapi sesuatu temuduga kerana penampilan yang baik akan memberi pandangan positif tentang diri kita kepada penemuduga.Oleh itu,kita perlu memastikan kita kelihatan kemas dan segak atau cantik.Kita perlu memperbaiki penampilan kita agar kita kelihatan kemas dan cantik.Cara-cara kita memperbaiki penampilan kita adalah beli pakaian baru jika perlu dan bangun lebih awal pada hari temuduga.Seterusnya,potong kuku dan gunting rambut serta pastikan badan dan mulut tidak berbau.Kita juga kena pakai pewangi yang tidak terlalu kuatnya baunya.Bagi orang lelaki,perlu bercukur agar tidak nampak berserabut seperti orang bermasalah.Hal ini adalah untuk memastikan proses temuduga berjalan dengan lancar.Selain itu,cara berpakaian juga amat penting apabila menghadiri temuduga.Cara berpakaian untuk menghadiri temuduga adalah bergantung kepada jenis organisasi yang akan dihadiri ,sekiranya organisasi tersebut adalah bank ,pejabat peguam atau broker kita boleh memilih suit.Sebaliknya jika anda akan menghadiri temuduga di jabatan kerajaan atau teknologi maklumat,anda boleh memakai pakaian pejabat biasa seperti baju kurung,kemeja,seluar panjang dan tali leher.

Bagi orang lelaki pula, semasa menghadiri temuduga kena pilih kemeja dan seluar yang bersesuaian.Kita kena pilih kemeja berlengan panjang yang berwarna cerah seperti warna putih atau ‘Beige’ dan berseluar gelap.Bagi kelihatan kemas,orang lelaki kena masukkan kemeja ke dalam seluar dan harus mengelakkan daripada lipatkan baju.Malah berpakaian baju berlengan pendak dan bercorak petak harus dielakkan.Suit mestilah berwarna hitam,kelabu kehitaman atau navy suit.Tali leher pula mestilah menarik,berwarna terang dan bercorak sama ada polka dots,diagonal strips atau corak kecil-kecil dan tali leher bercorak kartun harus dielakkan.Tali pinggang dan kasut juga memainkan peranan penting dalam berpakaian semasa menghadiri temuduga.Tali pinggang dan kasut perlulah dari warna yang sama.Tali pinggang mestilah pakai dengan ‘buckle’ yang ada garis selari nampak formal dan tali pinggang yang bergambar tengkorak harus dielakkan kerana ini mungkin memberi pandangan negatif kepada penemuduga.Stokin berwarna hitam adalah pilihan terbaik dan stokin berwarna putih tidak sesuai untuk temuduga.Kita juga kena pakai stokin panjang bagi mengelakkan bulu roma kita ternampak apabila kita duduk.Seterusnya,haruslah elakkan perhiasan seperti rantai,gelang atau subang telinga,memadai jam dan cincin perkahwinan.Jam emas dan bertali kulit digalakkan dan boleh menggunakan folder untuk menyimpan sijil anda.Penggunaan pen berdakwat harus dielakkan dan bagi mengelakkan tekanan kita boleh meletakkan gambar orang tersayang.

Bagi golongan wanita,’business suit’,blouse,skirt,kebaya,baju kurung atau baju yang bersesuaian untuk tempat kerja adalah digalakkan.Tetapi baju tanpa lengan adalah tidak dibenarkan.Tambahan pula,seluar dan skirt yang dipakai oleh wanita haruslah melabihi paras lutut dan tidak boleh kurang dua inci daripada lutut.Selain itu,stokin perlu dipakai supaya nampak profesional dan harus pilih warna seakan kulit dan wajib pakai kasut yang berwarna hitam bertutup dengan ketinggian minima 1 ½ inci supaya nampak lebih profesional.Seterusnya,alat persolekan juga memainkan peranan penting dalam memaparkan golongan wanita lebih cantik dan kemas.Oleh itu,alat persolekan yang dipakai haruslah tidak melampui batas seperti gincu bibir berwarna cerah adalah mencukupi dan tidak mengenakan solekan tebal seperti hendak ke disko kerana ia mungkin mejejaskan imej kita.Selain itu,golongan wanita juga harus menberi perhatian kepada rambut mereka.Rambut melebihi paras bahu perlu dilepaskan ke belakang dan mengelakkan rambut mengerbang ke muka kerana ia mungkin menganggu sesi temuduga kita.Tambahan pula,perhiasan rambut yang besar dan berfesyen yang nampak keterlaluan akan memaparkan imej yang negatif terhadap kita.Seterusnya,perhiasan seperti emas,perak dan mutiara adalah sesuai dan barang perhiasan berkilau-kilauan serta barang kemas berloceng perli dielakkan kerana ia mungkin menganggu proses temuduga.Golongan wanita juga boleh pakai barang aksesori seperti beg tangan yang sesuai yang sama dengan warna kasut adalah amat digalakkan.Berpakaian kemas merupakan lambang keperibadian mulia kita.Justeru,kita kena jaga pakaian kita semasa mengadiri sesuatu temuduga.

Seterusnya persediaan pada hari temuduga.Pada hari temuduga,kita perlu sampai sekurang-kurangnya 15 minit atau 30 minit lebih awal.Ini adalah untuk membantu kita bertenang dan tidak terlalu gelabah.Kita harus berikan salam ketika memasuki bilik temuduga dan duduk apabila dijemput sahaja.Pada hari temuduga juga kita perlu membawa sijil berkaitan dengan pengajian dan aktiviti ko-kurikulum bagi membuktikan kekuatan dan kebolehan kita.Semasa sesi temuduga kita kena memberi perhatian kepada soalan yang ditanya dan kita kena jawab dengan suara yang jelas dan penuh berkeyakinan.Ini akan mengambarkan kita seorang yang berkeyakinan dan bersemangat.Akhirnya kita perlu meletakkan gaji yang bersesuaian dengan status kita sebagai graduan yang baru tamat pengajian.

Kesimpulanya,zaman kemelesetan ekonomi membuatkan ramai yang agak sukar untuk mencari kerja.Makin ramai yang menjadi penganggur dan ini menyebabkan peluang untuk mendapatkan kerja agak terhad. Kita terpaksa bersaing dan mereka yang benar-benar bagus sahaja yang terpilih. Ini bermakna kita harus berusaha lebih kuat lagi dan memberikan yang terbaik.

DISEDIAKAN OLEH : THURKADEVI A/P VELUSAMY

NO MATRIK :206099

No comments:

Post a Comment