Wang merupakan benda yang terpenting pada masa kini. Namun, tidak semua benda boleh dibeli dengan wang ringgit. Seperti contoh kasih sayang dan keimanan sesorang. Setiap individu menginginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu pelan perancangan kewangan atau sistem pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Sebanyak mana pendapatan bulanan seseorang jika perancangan dan pengurusan dibuat secara sistematik, ia akan dapati kedudukan kewangannya mencukupi atau mungkin berlebihan.
Sekiranya jika kewangan tidak dirancang dengan betul pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistematik. Kadang-kala mereka terlalu boros dalam berbelanja. Sesiapa sahaja jika pendapatan diuruskan dengan bijak, maka kedudukan kewangannya akan berada dalam keadaan baik atau stabil. Dengan ini satu kaedah diperlukan bagi menguruskan kewangan, cara yang mudah adalah dengan menggunakan sistem khas untuk Pengurusan Kewangan atau Perancangan Kewangan. Terdapat beberapa tips-tips kewangan yang boleh membantu untuk mengurangkan perbelanjaan bagi mereka yang boros dalam berbelanja. Antaranya ialah bijak wang dan bijak berbelanja, rancang dengan teliti, tip penggunaan kad kredit dan elakkan dari berhutang.
Tip bijak wang dan bijak berbelanja adalah berbelanja secara sistematik dan teratur. Hal ini supaya dapat membantu mengurangkan pembaziran yang berlaku. Menggunakan template Bijak Bajet untuk mengawal aliran keluar masuk kewangan dan perbelanjaan secara berterusan. Cara ini dapat mengelakan dari kesilapan dalam imbangan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh itu anda akan sentiasa tahu status kewangan anda. Selain itu, kita juga boleh mengawal kewangan dengan membuat perancangan dengan lebih teliti. Rancangan yang teliti boleh membantu kita mengawal aliran keluar dan masuk duit. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya Peti ais yang berharga RM 2000. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM 200 sehingga cukup jumlah RM 2000 baru anda boleh membeli. Tidaklah lama cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang, anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan berserta jumlah faedah, disini anda akan rugi banyak wang. Disamping itu ia akan menambah urusan atau menyibukkan anda pada setiap bulan.
Tip yang seterusnya adalah cara penggunaan kad kredit. Kad kredit haruslah digunakan dengan sebaik nya mengikut keperluan yang utama. Sebenarnya anda hanya perlu ada satu kad kredit sahaja. Jika anda mempunyai dua atau tiga kad kredit sebenarnya anda telah membuat kesilapan. Oleh itu tutup dua lagi kad kredit tersebut sebelum masalah hutang anda jadi bertimbun. Kesilapan menggunakan kad kredit boleh menyebabkan anda menjadi muflis, kerana faedah yang dikenakan oleh pihak bank. Cara yang selamat menggunakan kad kredit ialah dengan menggunakan satu kad kredit sahaja. Ini sekaligus boleh mengurangkan beban anda dari menanggung lebih banyak lagi hutang. Jika nilai kredit RM 5000 Pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja RM 4000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan atau dua bulan. Jika tidak mampu lebih baik jangan menggunakan melebihi dari separuh had yang ditetapkan. Anggaplah kredit kad sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika tersilap langkah anda akan menanggung masalah.
Selain itu, anda haruslah mengelakkan diri dari berhutang. Hutang bukan sahaja akan membebankan setiap orang malah akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ramai masyarakat pada masa kini sanggup berhutang terutamanya dengan pihak lintah darat dari membuat pinjaman di bank. Namun akibat yang akan diterima adalah sangat teruk dan kadang kala boleh mengakibatkan keselamatan diri. Kita seharusnya membuat amalan menabung bagi mengelakkan membuat pinjaman. Tabungan adalah sesuatu yang sangat baik dan harus diamalkan oleh semua peringkat umur sama ada dari yang kecil atau pun dewasa. Menabung dapat membantu ketika kita dalam kesusahan. Kita bukan sahaja dapat mendisiplinkan diri malah dapat keuntungan dari simpanan yang kita lakukan.
Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan sistem kewangan yang lebih bersistematik untuk mengelakkan diri dari berhutang dan terikat dengan mana-mana pihak supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan bahagia.
DISEDIAKAN OLEH : NURAIN BT ALI
NO MATRIK : 199758
No comments:
Post a Comment