Sunday, August 22, 2010

MOTIVASI DARI SEGI PENGURUSAN MASA


Apa itu masa? Masa didefinisikan sebagai waktu zaman, saat dan detik yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan sehariannya.Masa yang diperuntukkan kepada setiap manusia di bumi ini hanyalah sebanyak dua puluh empat jam dalam sehari. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya\. "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" .Oleh itu, insan di alam ini haruslah bijak menguruskan masa seharian mereka supaya dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Pengurusan masa yang baik dapat memastikan bahawa setiap individu meluangkan masa mereka secara optimum dan berkesan

Setiap orang haruslah menguruskan masa mereka dengan lebih efektif dan berkesan kerana masa itu adalah detik-detik kehidupan yang dilalui oleh individu tersebut.Sekiranya seseorang itu menguruskan masa mereka dengan baik , masa yang digunakan oleh indivudu tersebut lebih berkualiti fdan itulash kehidupan mereka yang sebenar. Sebalikanya, jika seseorang itu gagal menguruskan masanya , kebanyakkan masa dibuang atau dibazirkan dengan sewenang- wenangnya. Dalam erti kata lain , individu tersebut membazirkan kehidupannya yang penuh bermakna di bumi ini.Pengurusan masa adalah sangat esklusif dan berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Oleh hal yang demikian , hanya diri kita sendirilah yang dapat ataupun berhak untuk menentukkan pengurusan masa dalam kehidupan kita sendiri.Orang lain hanya boleh menjadi panduan kepada kita dalam membantu mengatur masa kita. Justeru, kita haruslah berusaha dengan sendiri untuk menguruskan masa kita dengan lebih berkesan.

Antara beberapa teknik yang perlu digunakan untuk menguruskan masa kita secara lebih efektik ialah meluangkan masa untuk merancang masa. Proses merancang masa ini adalah sangat penting kerana kegagalan seseorang itu merancang seolah-olah dia merancan ke arah kegagalan dalam kehidupannya. Oleh itu, kita harus menggunakan masa untuk berfikir dan merancang masa sebaik mungkin. Seterusnya kita perlu menetapkan matlamat. Misalnya, kita harus menetapkan cara kita menggunakan masa selaras dengan hala tuju kita sendiri.Malah , teknik pengurusan masa ini perlu diikuti dengan penentuan prioriti. Kita haruslah menetapkan kepentingan dan tempoh masa yang diperlukan untuk membuat sesuatu kerja serta kita harus mengikuti urutan tersebut untuk menyiapkan kerja kita. Malah, kita juga harus penuhkan masa lapang kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku. Selain itu kita juga harus mengenalpasti masa optimum masing-masing dan menggunakannya sebaik mungkin kerana kualitinya berbeza berbanding masa lain. Kita juga harus memberi imbuhan kepada diri sendiri setelah sesuatu tugas yang dapat diselesaikan dalam masa yang tetapkan. Hal ini akan menggiatkan kita untuk terus berusaha menguruskan masa kita secara lebih efektif dan berterusan. Seterusnya kita perlu menghapuskan tabiat “TANGGUH DAN TUNGGU” . Sebenarnya tabiat ini melambarkan sesuatu kerja yang ingin kita lakukan. Oleh itu, kita harus menyiapkan sesuatu kerja lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Hal ini dapat memastikan kita tidak gubra dan cemas semasa membuat sesuatu kerja yang dilaksanakan.

Kebiasaanya, para pelajar mengalami masalah dalam menguruskan masa mereka unutk menjalani kehidupan mereka terutamanya, apabila menjelang musim pepeiksaan. Masalah pengurusan masa ini wujud dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak tahu menguruskan masa dengan betul. Terdapat segelintir pelajar mengetahui cara pengurusan masa yang betul tetapi tidak melaksanakannya atau kurang berdisiplin diri.Para pelajar dapat menangani masalah pengurusan masa mereka dengan membuat jadual waktu harian. Sekiranya masalah mereka itu masih berlanjutan, mereka boleh menganalisis jadual harian mereka dan membetulkan jadual waktu mengikut keselesahan mereka serta mematuinya. Mereka juga boleh meluangkan masa terbuang mereka untuk belajar.Misalnya, semasa berada dalam kenderaan, semasa menunggu guru masuk ke dalam kelas, dan masa-masa lain yang dirasakan sesuai. Dengan ini para pelajar dapat membahagikan masa lapang mereka secara lebih teratur.

Masalah pengurusan masa yang dialami oleh golongan pekerja terutamanya pekerja, kolar putih juga tidak boleh dinafikan.Lazimnya,masalah ini sering dirasai oleh pekerja wanitha yang sudah berumah tangga.Hal ini kerana mereka terpaksa menjalankan kewajipan sebagai pekerja di pejabat dan sebagai isteri serta ibu yang bertanggungjawab di dalam rumah.Perkara ini menyukarkan golongan wanita menjalankan tugas yang dilaksanakan kepada mereka.Kadangkala mereka terlambat ke pejabat kerana mengambil masa untuk menyelesaikan kerja-kerja di rumah dan kena dimarahi oleh pegawai atasan mereka.Selain itu,bebanan kerja yang banyak menyebabkan mereka pulang ke rumah dengan lambat.Oleh kerana hal ini, mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk diluangkan bersama ahli keluarga dan bebanan kerja yang banyak menyebabkan mereka mengalami tahap stress yang tinggi.Kesemua perkara ini berlaku kerana ketidakcekapan dalam pengurusan masa.Pembahagian masa yang teratur dapat menjamin golongan wanita berjaya menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka dalam masa yang ditetapkan.Disamping itu,mereka juga dapat meluangkan masa yang berharga bersama ahli keluarga mereka.

Kesimpulannya,pengurusan masa yang baik dapat menjamin kejayaan kepada setiap insan di alam ini.Hal ini sedemikian kerana,pengurusan masa boleh menjadikan seseorang individu lebih berdisiplin,bertanggungjawab dan bekerja ikut masa yang ditetapkan.Selain itu,pengurusan masa amat penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang individu.Oleh itu,kita haruslah menggunakan masa yang dikurniakan kepada kita semaksimum yang boleh untuk mendapatkan manfaat daripadanya.Bah kata pepatah “MASA ITU EMAS”.

DISEDIAKAN OLEH : DINITHAMBIGAI A/P NADAHRAJAN

NO MATRIK : 206078

No comments:

Post a Comment